Zulhijjah datang lagi untuk kesekian kalinya menemui kita bersama - sama kelebihannya sebagaimana yang pernah di sebut oleh Pemimpin Daulah Islam yang pertama di Madinah yaitu Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis. Zulhijjah merupakan bulan yang menghimpunkan beberapa ibadat yang tidak ada pada bulan lain, yaitu : ibadah haji, ibadah korban disamping sholat, sedekah serta amalan berdzikir sebagai mendekatkan kepada Allah S.W.T. Zulhijjah juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa yang besar terutama bagi para jemaah haji, yaitu : mengenai pengorbanan nabi Ibrohim dan anaknya nabi Ismail serta Siti Hajar , sai'e dari sofa ke marwah, tawaf, dan lain-lain lagi. Kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida' ( selamat tinggal ) dan khutbah yang keluar dari mulut yang mulia baginda Rasulullah S.A.W. sendiri yang mana dalam khutbah ini terkandung nasihat, wasiat, amanah yang penting daripada baginda kepada para muslimin yang ada pada masa itu ataupun generasi seterusnya hingga hari kiamat.
Dari Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang lebih di sukai oleh Allah daripada hari-hari ini yaitu hari sepuluh ( sepuluh hari pertama Zulhijjah ). para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! dan tidak ( amal ) jihad pada jalan Allah ?. Jawab Baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda Baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu . ( hadis Isnadnya Sohih dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Tarmidzi, Abu Daud ibnu Mijah, Ahmad Ibnu Habban, dan al-Baihaqi ).
Dari Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih di sukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir, dan berdzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. ( Hadis Isnadnya hasan dikeluarkan oleh Imam al-Baihaqi dan di sebut oleh Imam Sayuti ).
kata2 mutiara
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagian sepanjang masa, kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian, sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikuti kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan...
Kehidupan itu adalah sesuatu yang nikmat bagi orang yang menghargai dan menyadarinya...










